Jom Beli Pro Kas Secara Mudah, Online Sahaja! Satu Malaysia!

Sakit Lutut Osteoarthritis

Sakit Lutut Osteoarthritis

Sakit Lutut Osteoarthritis

Sakit Lutut Osteoarthritis



Ramai yang tidak tahu bahawa sakit lutut nama lainnya adalah osteoarthritis. Pernahkah anda bangun pagi dan mendapati kedua-dua lutut anda keras dan kaku, terutamanya apabila cuaca sejuk? Pernah mendengar bunyi klik (juga dikenali sebagai krepitus) atau merasa seperti sendi lutut anda bergesel setiap kali anda menggerakkannya? Kemungkinan besar anda mengalami sejenis penyakit degeneratif yang dikenali sebagai osteoartritis yang tidak hanya terhad kepada sendi lutut tetapi mungkin menyerang mana-mana sendi di badan anda.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan osteoartritis? Mari kita huraikan perkataan yang panjang ini kepada dua perkataan yang mudah. Pertamanya, perkataan osteon yang berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud tulang. Kedua, perkataan artritis yang bermaksud radang sendi. Dalam bahasa mudah, osteoartritis merupakan artritis yang berlaku akibat penggunaan sendi yang menyebabkan lapisan selaput sendi (dikenali sebagai rawan) terhakis akibat perubahan struktur di dalam sendi kita. 

Situasi ini berlaku akibat geseran berlebihan dua tulang seperti tulang femur (tulang peha) dan tibia (tulang kering) yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pesakit osteoartritis akan merasa lega apabila sendi terbabit direhatkan dan sakit apabila sendi itu digunakan secara berlebihan. Keadaan yang sebaliknya berlaku bagi pesakit ‘Rheumatoid Arthritis’.

Dalam satu kajian ‘Community Oriented Program for Control of Rheumatic Diseases’ (COPCORD) yang dijalankan di Malaysia pada tahun 2007 mendapati kebanyakan pesakit osteoartritis di Malaysia mengalami osteoartritis lutut. Kajian yang sama telah dijalankan di Hong Kong dan mendapat hasil yang sama. Kajian itu turut mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia berumur 55 tahun merasakan peningkatan  kadar kesakitan hingga 23% manakala kadar kesakitan meningkat sebanyak 39% bagi mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas.

Semua orang mempunyai risiko dan potensi untuk kena osteoartritis lutut tetapi menurut kajian yang dijalankan di Pakistan, China, Korea dan Jepun, golongan wanita, orang berumur dan orang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoartritis lutut. Ingat...Wanita + Orang Berumur + Orang Lebih Berat atau Obesiti!

Jadi apakah langkah-langkah pencegahan terbaik untuk mengurangkan osteoartritis lutut? Cara yang paling berkesan untuk mempunyai sepasang lutut yang sihat adalah dengan mengawal berat badan. Ini memerlukan senaman secara konsisten. Berjalan-jalan di pagi hari atau lebih elok lagi adalah dengan menghabiskan masa selama 30 minit di dalam kolam renang berhampiran anda merupakan senaman yang bagus. Menguatkan otot-otot di sekeliling lutut adalah amat penting kerana sendi ini adalah salah satu sendi yang menampung berat badan kita dan dapat mengelakkan terlalu banyak bebanan terhadap lutut tersebut. Sekiranya anda obes dan tidak pasti jenis senaman yang sesuai bagi anda, atau sering mengalami kesakitan di lutut setiap kali bersenam, sila rujuk profesional perubatan secepat mungkin. Osteoartritis merupakan penyakit degeneratif, sekiranya anda mendapatnya keadaan hanya akan beransur sakit. Maka adalah penting untuk bertindak awal, jangan biarkan osteoartritis menewaskan anda.

Paling berkesan dan perlu diamalkan secara konsisten adalah pengambilan DMSO yang boleh meresap masuk jauh ke dalam otot dan sendi untuk mengurangkan keradangan bahagian osteoarthritis. Contoh terbaik adalah dengan menggunakan Pro Kas secara berterusan di bahagian sendi atau lutut yang sakit.

Dapatkan PRO KAS ORIGINAL sekarang!









Copyright © Pro Kas Gel Sakit Lutut Sendi Made with ❤ by azhafizah.com