Jom Beli Pro Kas Secara Mudah, Online Sahaja! Satu Malaysia!

Tips Makanan Mengurangkan Sakit Lutut dan Sendi

Tips Makanan Mengurangkan Sakit Lutut dan Sendi

Sakit lutut dan sendi ni memang perkara biasa terutamanya jika usia semakin meningkat dan tahap keaktifan kita dalam melakukan aktiviti fizikal dan sukan.

Beberapa makanan yang boleh banyak membantu mengurangkan dan mencegah kita daripada mudah mendapat sakit lutut dan sendi. Ini boleh diamalkan dari peringkat awal lagi dan bukannya jika telah sakit lutut dan sendi.

Soya

Tahukah anda bahawa soya sangat kaya dengan isoflavine dan anti-radang. Pastikan minuman atau makanan soya yang anda pilih adalah bebas bahan kimia dan diproses secara kimia contohnya gula gula soya dan cokelat soya. Pastikan anda mengambil bahan soya daripada sumber yang diproses secara organik yang mengekalkan sifat dan sumber soya tersebut, contohnya makanan berasaskan soya termasuk lah tempe, kicap dan kacang soya itu sendiri.

Pro Kas Makanan Elak Sakit Lutut Soya
Pro Kas Makanan Elak Sakit Lutut Soya


Buah Buahan

Tujuan utama kita mengambil buah buahan ini adalah untuk mendapatkan Vitamin C yang merupakan sumber terbaik untuk anti-oksidan dan mengelak osteoarthritis. Contoh makanan Vitamin C termasuk lah buah mangga, betik, oren dan kiwi. Boleh juga diambil dalam bentuk tablet tapi anda perlu beli di farmasi.


Pro Kas Makanan Elak Sakit Lutut Vitamin C
Pro Kas Makanan Elak Sakit Lutut Vitamin C



Ikan

Tahukah anda minyak ikan mengandungi bahan Omega yang melegakan sakit sendi dan kebas yang disebabkan oleh rheumatoid arthritis. Asid lemak omega-3 dalam ikan juga melindungi tulang rawan daripada haus. Oleh yang demikian, janganlah anda hanya mengambil sumber protein ayam dan daging sahaja, kerana jika amalan tersebut diteruskan, anda terdedah kepada sakit lutut dan sendi pada kadar yang lebih awal.

Pro Kas Makanan Elak Sakit Lutut Ikan
Pro Kas Makanan Elak Sakit Lutut Ikan




Rempah dan Herba

Tahukah anda bahawa Kunyit, jintan, kulit kayu manis dan bawang putih mempunyai bahan anti-radang yang membantu mengurangkan sakit sendi? Ya, ramai yang tidak sedar dan tidak suka kepada bahan bahan ini kerana rasa rempah kuat dan sebagainya. Jika anda perhatikan mereka yang meminati rempah kari dan sup biasanya akan secara tidak sedar mengambil bahan ini dalam pengambilan nutrien harian mereka. Erti kata lain, lepak makan di kedai mamak pun ada khasiatnya hehe.

Pro Kas Makanan Elak Sakit Lutut Rempah dan Herba
Pro Kas Makanan Elak Sakit Lutut Rempah dan Herba





Pastikan kita sentiasa mengambil ke empat empat makanan ini. Ini banyak membantu mengurangkan kesakitan lutut dan sendi kita di masa hadapan.

Juga Baca:

Apa Pro Kas
Cara Rawat Gout
Kaedah Rawatan Sakit Lutut dan Sendi
Pendaftaran KKM Pro Kas
Sakit Lutut atau Osteoarthritis
Tips Makanan Mengurangkan Sakit Lutut dan Sendi
Pro Kas
Pengasas Pro Kas

Lebih Info Terkini, sila LIKE Facebook kami = https://www.facebook.com/prokaskuantan


Berminat nk order? < KLIK SINI >












Copyright © Pro Kas Gel Sakit Lutut Sendi Made with ❤ by azhafizah.com